Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

16.5.12

Raudhatul Jannah

< TAMAN-TAMAN SYURGA @SEMESTER 8 >


31 Mac | USMKK
TALK IMAM MUDA: Mencontohi Perjuangan Rasulullah S.A.W.
Oleh: IM Hizbur Rahman b Omar Zuhdi
--> ‎"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."
.....................

30-31 Mac | USMKK
KURSUS: Pra-Perkahwinan
Oleh: MAIK
--> “Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.“ (Surah ar-Ruum: 21)
.....................

1 April | USMKK
FORUM INTERBUDAYA : Adat Perkahwinan. Syoknya Kahwin...!
--> Perkongsian pengalaman dan pengetahuan panel jemputan dalam memberi kefahaman antara adat dan kehendak agama masing-masing dalam perkahwinan.
.....................

2 April | USMKK
FORUM BICARA AD-DIN: Erti Sebuah Janji
Panel: Sham Kamikaze & Ustaz Ubaidillah Alias
--> Persaksian kita dgn Allah sejak di alam roh lagi (Rujuk Surah al-A'raf: ayat 172-173)
--> Manusia berjanji memikul amanah sebagai khalifah muka bumi (Rujuk Surah al-Ahzab: ayat 72)
--> 7 golongan yang dijanjikan mendapat syafaat di hari Qiamat kelak.
.....................



3 April | USMKK
CERAMAH TARBIYAH HATI: Didikan Jiwa Akal Emosi
Penceramah Jemputan: Ustaz ZULKEFLI HAMAT (Mursyid Imam Muda 2)

--> 5 Ciri Orang MUKMIN (Rujuk Surah al-Anfal 8: ayat 2-3)
--> Berzikir itu membersihkan hati yg penuh titik hitam dosa
--> Apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu ada 3 perkara (Niat, Redha, Bekerjasama)
--> Cara khusyuk dalam solat (Wudhuk, Menghadirkan diri, Faham bacaan, Takutkan Allah, Menyerah diri kepada Allah, Anggap ia adalah solat terakhir kita sebelum mati).
.....................

 21 April | USMKK
KURSUS: Pengurusan Jenazah
Oleh: Ustaz Kushaidi
--> Hukum dan adab menziarahi orang sakit
--> Dalil mengenai kematian
--> Tanda-tanda kematian
--> Prosedur terhadap mayat setelah kematian
--> 4 kewajipan terhadap mayat
--> Barang keperluan untuk mandi dan mengkafankan mayat
--> Cara mandi mayat
--> Sifat pemandi mayat
.....................

23 April | USMKK
FORUM: Wanita, Hadirmu Begitu Bermakna
Panel Jemputan: 1) Ustzh Fatimah Syarha bt Hj Mohd Noordin
2) Pn Mazidah bt Muhammad
--> Tips utk memilih identiti siswi muslimah yg berwawasan: (S.I.S.W.I.)
       S - Syukur. I - Ilmu. S - Sumbang. W - Wawasan. I - Identiti.    
--> Kita perlu ada rasa 'izzah/bangga kerana dilahirkan sebagai muslimah, tonjolkan rasa mulia dengan islam.
--> Kita jangan bandingkan diri kita dengan siapa2. Bandingkan diri kita dengan potensi yg paling tinggi yg kita boleh capai. Step by step. Bahagia dengan apa yg kita ada sekarang. Bukan mencari, tapi mengubah apa yg ada hari ini.
--> Musuh terbesar kita adalah diri kita sendiri. Jangan compare dengan orang lain.
--> Man jadda wa jada...
 .....................


25 April | USMKK
Malam Apresiasi Seni Islam (MANIS)
TEATER: Putik Putik Hijau Syuhada
Oleh: Persatuan Teater Ruhul Islam (PETRI)

--> Berhentilah menjadi PEMIMPI, tetapi jadilah seorang PEJUANG.
--> 7 golongan yg mendapat naungan di bawah 'arasy di hari qiamat
--> Syuhada'2 seperjuangan pada zaman Rasulullah, mereka muda remaja yg cekal berani menegakkan Islam. Merekalah putik-putik hijau syuhada yg mulia. Seperti Khalid al-Walid, Saidina Hamzah, Hanzalah, Zaid bin Harithah, 'Amru bin 'Auf dan ramai lagi. Remaja kini?
 .....................


27-28 April & 11-12 Mei | USMKK
GAP: Graduate Aptitude Program
Oleh: Scicom Academy
--> Presentation
--> Vision board & Resume
--> Interview
--> Time management, Be creative and Innovative
--> Forum
--> "This program provided with professional workplace skills, to set the right workplace expectations, to construct an understanding of what is required to excel in the global workplace, to extend the ability to structure thoughts and articulate them logically and to enhance the graduate’s marketability."

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda S.A.W. menjawab: Majlis ilmu (Hadith riwayat at-Tirmizi)

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

15.5.12

Siapa wanita istimewa di sebalik kehebatan calon presiden Mesir (siri 1)

Behind every great man there’s a great woman

SUMBER DARI:


Melihat raut wajahnya sahaja sudah menyejukkan mata, senyuman yang terukir menunjukkan kebahagiaan beliau mendampingi seorang lelaki hebat yang tersenarai sebagai calon presiden Mesir. Dr Mohd Mursi bukanlah calang-calang orang. Pastinya di sebalik kehebatan beliau terdapat seorang wanita istimewa yang menjadi nadi kekuatannya untuk bergiat aktif dalam jemaah. Pastinya wanita istimewa ini seorang yang gigih dan tabah melalui liku-liku isteri seorang pejuang. Jom kenali wanita istimewa ini! Semoga para muslimah sekalian boleh mentauladani beliau dalam mendorong suami menjadi seorang pejuang Allah. Insya Allah.


Ikuti sedutan temuramah bersama isteri Dr Mohd Mursi (calon presiden Mesir dari Freedom and Justice Party-Ikhwan Muslimun)


1.Boleh terangkan latar belakang puan? Bagaimana kenal Dr Mohd Mursi?
BIODATA
Nama: Najlaa Ali Mahmoud
Kelahiran: Mesir (Ain Syam District)
Tahun Lahir: 1962
Pendidikan: Belajar di Los Angeles. Tinggal di Asrama Pelajar Muslim sebagai penterjemah kepada para mualaf muslimah Amerika
Ahli Ikhwan Muslimun.


Saya adalah sepupu beliau. Saya mengenalinya ketika beliau menziarahi keluarga kami. Ketika itu beliau masih belajar kejuruteraan di Cairo University. Kami bernikah pada tahun 1979 selepas beliau berjaya menamatkan MA, iaitu 3 hari sebelum beliau terbang ke California untuk menyambung PhD. Setahun setengah selepas itu, baru saya pergi ke California pula.


2.Adakah puan membuat majlis kenduri kahwin dan berapa mahar puan?
Kenduri kecil hanya dibuat semasa akad nikah. Mahar sederhana sahaja. Saya tak mengira bab duit, yang penting saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab dan akan menjaga saya dengan baik.


3.Adakah anak2 puan mendapat kerakyatan Amerika?
Ahmad dan Syaima mendapat kerakyatan Amerika kerana mereka lahir di sana. Kami pulang ke Mesir ketika Ahmad sudah berumur 4 tahun setengah dan Syaima 2 tahun.


4.Adakah puan bergiat dengan jemaah Ikhwan Muslimun, apa jawatan puan?
Selepas tiba di Amerika, saya terus menyertai Ikhwan. Saya bergiat aktif dalam amal kebajikan dan memegang jawatan Tarbiyah dalam Ikhwan khususnya di kalangan orang yang sudah berkahwin. Dr Mohd Mursi juga menyertai Ikhwan secara rasmi pada masa yang sama. Tapi sebelum itu, ketika masih belajar lagi beliau memang sudah berkecimpung  secara tak rasmi.


5.Bagaimana sifat seorang suami dan kebapaan yang ada pada Dr Mohd Mursi?
Dia adalah sebaik2 bapa, sebaik2 suami, sebaik2 abang dan sebaik2 anak. Inilah yang saya rasakan sejak 21 tahun hidup dengannya. Kedua orang tuanya sudah meninggal mereka berdua meredai Dr Mohd Mursi. Sebagai seorang suami pula, beliau tidak banyak karenah/permintaan. Alhamdulillah, kami dah ada 5 orang anak.


Yang sulung Ahmad seorang doktor dan baru sahaja berumahtangga, Syaima graduan Fakulti Sains, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Usamah pula seorang peguam, Umar graduan degree dalam Business Studies dan Abdullah masih bersekolah menengah.


6.Adakah menantu puan juga ahli Ikhwan?
Menantu lelaki saya bukan ahli tetapi menantu perempuan saya adalah ahli Ikhwan. Ikhwan bukan syarat sebab Hasan Albanna sebut: Kita mendidik siapa di kalangan kita dan yang bukan di kalangan kita, siapa yang bersama kita dan yang tidak bersama. Dengan makna lain, lelaki yang bukan ahli juga boleh memenuhi keperluan kita. Sebaliknya, Ikhwan atau tidak bukanlah menjadi kayu ukur kerana sabda Nabi SAW: Jika datang padamu orang yang diredai agama dan akhlaknya maka berkahwinlah. Nabi SAW tidak sebut pula mesti di kalangan jemaah.


….bersambung dalam siri ke 2


Behind every great man there’s a great woman

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.