...Carian...

24.4.12

Wanita, Hadirmu Begitu Bermakna

23 April | Isnin | 8.30 mlm | Dewan Utama USMKK

FORUM:  Wanita, Hadirmu Begitu Bermakna


Panel Jemputan:
1) Ustazah Fatimah Syarha bt Hj Mohd Noordin
2) Pn Mazidah bt Muhammad
Lakonan sketsa yang mantap oleh adik-adik pengerak program

Slot Pertama:-

SOALAN 1
Zaman sekarang, semua orang kenal artis k-pop, artis korea, contoh dalam rancangan tv 'Running Man'. Bagi Kak Dah (Pn Mazidah), apakah tips utk memilih identiti siswi muslimah yg berwawasan?

(S.I.S.W.I.)
S  - Syukur. 
       Bersyukur dianugerahkan iman, islam yg mengangkat martabat seorang wanita.
 I   - Ilmu.
       Miliki ilmu yg luas & contohi tokoh kita. Siapa tokoh kita?
S  - Sumbang.
       Memberi apa jua sumbangan selari dgn ilmu yg kita ada.
W - Wawasan.
       Perlu ada matlamat/ niat dalam apa jua yg kita lakukan (belajar/ bekerja/ berkahwin).
 I   - Identiti.
       Miliki identiti sebagai muslimah solehah.
       Contohi tokoh2 islam,
       kerana (di akhirat kelak kita akan dikumpulkan bersama orang yg kita suka/ sanjung).

Kita perlu ada rasa 'izzah/bangga kerana dilahirkan sebagai muslimah, tonjolkan rasa mulia dengan islam. Kita jangan bandingkan diri kita dengan siapa2. Bandingkan diri kita dengan potensi yg paling tinggi yg kita boleh capai. Step by step. Bahagia dengan apa yg kita ada sekarang. Bukan mencari, tapi mengubah apa yg ada hari ini. Musuh terbesar kita adalah diri kita sendiri. Jangan compare dengan orang lain. Kata cik moderator; "Man jadda wa jada!"
................................................

SOALAN 2
Ustazah, ceritakan sedikit perkembangan wanita pada zaman dahulu tentang perkembangan ilmu mereka. Contohnya wanita sebagai seorang penulis/ pelakon/ pengacara, dll. Apakah potensi yang boleh kita garap daripadanya?

- Pada zaman tamadun Rom/ Yunani, terdapat golongan yang melakukan debat antara mereka. Mereka confius wanita ini adalah syaitan, binatang atau apa? Pada zaman jahiliyyah, mereka mempersoalkan kenapa wanita mengandung? Kisah 'buah khuldi' pada awal perciptaan manusia.
- Dalam ajaran yahudi, wanita haid dilayan seperti binatang. Dalam Islam, ada banyak hikmah, kenapa Allah larang suami bersama wanita haid tetapi tidak melarang untuk bermesra bersama. Ada doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika sedang haid;

"Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku 
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa."
(Daripada Sayidatina Aishah RA)

Hakikatnya, di dalam al-Quran tercatat bahawa taraf lelaki dan wanita itu sama rata. Islam meMULIAkan wanita dan meletakkan wanita pada tempatnya. Sebagai contoh, betapa setiap titis susu ibu itu banyak hikmahnya. Banyaknya kelebihan menjadi seorang wanita. Undang-undang dari Allah juga tidak berat sebelah, Allah itu Maha Adil. Bagaimana jika wanita menjadi pemimpin? Boleh, kecuali di dalam keluarga atau pemimpin nombor satu negara.

Potensi yang boleh kita tingkatkan adalah TAQWA.
................................................

Slot Kedua:-

SOALAN 3
Dikatakan di akhir zaman, wanita itu menjadi fitnah. Adakah wanita itu jahat?

- Hadith: “Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)". Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Wanita bukan fitnah". Wanita adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Wanita menjadi fitnah apabila tidak mengikut ajaran Islam. Sebagai contoh, tidak menutup aurat. Firman Allah bermaksud:  “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al- A’raaf: 26)
................................................

SOALAN 4
Eksploitasi wanita; wanita dalam iklan, situasi ketika pemohonan perkerjaan, dll. Bagaimanakah peranan kita?

- Pertama sekali, sebenarnya kita hendak mengikut nilaian siapa? Allah? Manusia? Semua orang layak bahagia, sebab itu Allah menurunkan peraturan. Jalan hendak menuju REDHA ALLAH mestilah memilih jalan yang betul, supaya selamat sampai ke destinasi. Mestilah ikut peraturan Allah."Sesiapa nakkan kemuliaan, hanya di sisi Allah ada kemuliaan." Walau dalam apa jua isu (poligami, diyat), semua perlu berlandaskan peraturan Allah. Kita perlu lapangkan diri hadir ke majlis ilmu, tambah ilmu dan Allah akan angkat darjat seorang wanita itu.
................................................

Q & A:-

SOALAN 1
Bagaimana nak menegur sahabat baik untuk mengamalkan Islam?

Muhasabah. Menegur dengan cara berhikmah dan tunjukkan bahawa Islam itu indah. Jika tiada keberanian untuk menegur, minta bantuan 'orang tengah' yang diseganinya. Sesungguhnya hidayah itu dari Allah. Berusaha! Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (Surah al-Tahrim: 6).

SOALAN 2
Wanita adalah penentu 'peradaban tamadun dunia' pada hari ini. Jadi bagaimana azam ingin berubah menjadi wanita solehah?
Pengaruh wanita atau ibu sangat penting dalam institusi keluarga. Bayi yang dilahirkan fitrah, ibu bapalah yang mendidiknya sama ada Islam, nasrani atau yahudi. Perlu bersama-sama kaum lelaki untuk membina peradaban. Lelaki dan perempuan sama-sama keluar atau berusaha ke arah itu. Wanita bukanlah sumber atau punca besar kepada permasalahan itu, cuma wanita ada 'saham' atau 'sumbangan' besar dalam menjatuhkan peradaban.

SOALAN 3
Dalam isu rumah tangga, "Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan", apa komen panel? Dalam isu lelaki soleh yang semakin sedikit dan wanita solehah semakin ramai. Jadi, adakah yang wanita hanya perlu menunggu?
Perlu optimis dengan jodoh. Berdoa dan berusaha. Mungkin boleh minta bantuan orang tengah untuk menyatakan hasrat itu.

SOALAN 4
Apakah tips untuk menjadi wanita solehah?
SOLEHAH. itu bukan destinasi, ia satu proses.
Jika tidak dapat solehah, tetapi berusahalah menuju SOLEHAH.
................................................

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki." :) -DDDHM

................................................

Cadangan Buku Bacaan:-
Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang  Kita Idamkan < Dr.Yusuf Al-Qardhawi >
Kebebasan Wanita (Tahrirul-Ma’rah fi ‘Ashrir-Risalah) < Abdul Halim Abu Syuqqah >
................................................


Entri Forum: Hatiku Milik Siapa?;

Alhamdulillah,
tercapai hajat nak bergambar bersama Ustazah Fatimah Syarha dan ambil autograf dia. Kebetulan duduk depan sekali, jadi, sempat 'cuit' ustazah untuk sain sekejap kat novel ni, tak malu... Takpe yang penting dah dapat. Terima kasih ustazah!

Allah u!

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

Reaksi:

0 bicara kata:

Post a Comment

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.