Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

23.9.11

Beli Online: Jubah Mini – 01


KOD: IJ03
SAIZ: XL
WARNA: HITAM
JENIS FABRIK: KAPAS (KUALITI TINGGI)
HARGA: RM45

Available
CEPAT, CEPAT! MURAH...
Jubah mini yang sesuai dan selesa digayakan bagi muslimah. 
Terutamanya untuk aktiviti riadah atau ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. InsyaAllah ia menepati syariat: menutupi aurat, longgar, dan tidak jarang.

Gambar ehsan: Blog ilham-muslimah-jubah
CIRI-CIRI PADA BAJU:
-Kolar berbentuk ‘V’
-Lengan cekak bergetah
-2 poket sisi yang bersip
-Sedikit belahan/slit di hujung baju

Ciri Istimewa: Poket sisi yang berzip
UKURAN (unit inci)
DADA - 44
BAHU - 17.5
PANJANG BAJU - 54
PANJANG TANGAN – 22



*Sedia untuk dijual
Terima Kasih.

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

22.9.11

Beli Online: Jubah Moden - 01


KOD: DJ01
SAIZ: L
WARNA: PURPLE + CORAK
JENIS FABRIK: COTTON

HARGA: RM 80

Available
CEPAT, CEPAT! MURAH...
Sesuai dan selesa digayakan bagi muslimah. 
Terutamanya bagi menghadiri majlis makan malam / annual dinner, majlis perkahwinan atau hari perayaan. Pemakainya akan kelihatan kemas dan bergaya. InsyaAllah ia menepati syariat: menutupi aurat, longgar, dan tidak jarang. 
Dzafeera Islamic Village

(Klik untuk gambar lebih jelas)

CIRI-CIRI PADA JUBAH:
1) Pandangan keseluruhan jubah
2) Lengan bercekak (butang katup)
3) Bahagian atas jubah (Leher jenis cekak musang)
4) Butang pada bahagian depan
5) Kedutan kain yang menghiasi bahagian atas (ropol-ropol warna purple)
6) Bahagian atas (bercorak)
7) Bahagian bawah (warna plain)



UKURAN (unit cm)
LINGKAR DADA - 104
LINGKAR PINGGANG - 94
LINGKAR PINGGUL - 110
LEBAR BAHU - 42
PANJANG TANGAN - 55
PANJANG GAMIS - 142

*Sedia untuk dijual
Terima Kasih.

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

15.9.11

Practice Makes Perfect



Alhamdulillah, dah lulus ujian memandu (Ujian berkomputer, Pra-ujian, Ujian dalam litar, dan Ujian jalan raya). Alhamdulillah, setelah berpenat lelah dan macam-macam lagi.

Disebabkan takut sangat, saya ambil pakej sampai lulus, yang 20 jam. Bosan juga belajar lama-lama. Nak pandai bawa kereta, memang kena practice banyak kali.

Bagi saya, antara tips untuk LULUS ujian memandu;

1) Manfaatkan setiap masa latihan memandu
2) Catatkan perkara yang penting dan perlu diingat
3) Berlatih, doa, tawakkaltu'alallah
4) Ikut semua step yang diajar oleh cikgu (Ingat dan jangan lupa!). Terima kasih cikgu, banyak yang saya belajar dari cikgu. Bahaya jika kita tertinggal mana-mana step, ia akan menyebabkan markah kita dipotong dan mungkin akan gagal.
5) Tenangkan diri sebelum dan semasa ujian. Bersedia dan fokus.
6) Senyum dan berperwatakan baik dengan pegawai. (Terima kasih banyak tuan jpj. Saya berjanji akan menjadi seorang pemandu yang berhemah. InsyaAllah.)

First time bawa kereta.. Start dari 0 ><


Practice Makes...
Hakikatnya, kita tak akan pernah perfect

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya


... Bersangka baik terhadap orang lain, sangat-sangat dituntut dalam Islam.


SITUASI 1


Stesen bas di bandar


Hari ini nak balik ke Selangor sebab ada hal penting. Terpaksa berulang alik dari rumah ke kampus, sedangkan semester baru mula. Rumah dan kampus bukannya dekat, jauh... Kali ini keluar dari kampus lebih awal daripada biasa. Sangat awal, baru pukul 5.30 petang. Bas pukul 9 malam. Keluar awal sebab nak beli barang yang mak pesan, Sedih, sampai je pusat bandar, kedai tu dah tutup. Tak dapat beli apa yang mak saya pesan. Takpa, beli lain kali laa.


Lepas tu, duduk je la tunggu kat stesen bas. Yeay, ada kerusi kosong. Ermm, lama juga  duduk di situ. Bosan dan mengantuk. Tak ada buku untuk dibaca, tak ada internet kalau nak online, hanya duduk dan menunggu. Tiba-tiba datang seorang mak cik dalam lingkungan umur 30-an, berbaju kurung. Dia mula tegur dan tanya saya nak ke mana. Saya terus menjawab dan berbalas dengan pertanyaan juga. Perbualan kami makin rancak.


Mak cik: Adik belajar sini ke? Nak naik bas ke mana?
Saya: A ah, kat kampus xx. Nak balik rumah selangor.
Mak cik: Oo, mak cik pun kerja sana. Ni nak balik sana la ni.
Saya: ye ke? kerja apa?
Mak cik: Ada oncall malam ni.*(tak menjawab soalan saya). Bas yang ada nanti datang pukul 8.*(masa tu jam 6 lebih, tak lama lepas tu, tiba2 bas ke kampus lalu depan mata, tak naik pula. Saya jadi pelik).
Saya: (duduk diam je. Sebab saya tak nak terlalu peramah. Nak berhati-hati la kot).
Mak cik: Adik, dah nak maghrib ni. Mak cik puasa, tak beli makanan lagi. Dompet tadi tertinggal kat almari. Nak naik bas pun ada seringgit seposen je, tak cukup. He2. Taktau la macam mana dompet boleh tertinggal. Tadi keluar bandar, ada kerja sikit. Penat. Tak ada duit ni. Macam mana? Sekarang pukul berapa ya?
Saya: 6.55 ptg (Saya tak pakai jam, tengok jam dalam kaunter bas. Lepas tu, saya diam saja. Sampai mak cik tu tiba-tiba beredar. Macam-macam perkara terfikir. Pelik. Takut. Teringat kawan pernah cerita dulu dia pernah diminta duit oleh seorang mak cik, duit untuk naik teksi, nak balik rumah. Tak tahu nak kata kena tipu ke macam mana. Hmm).


Lega bila mak cik beredar. Bukannya nak jadi seorang yang tidak prihatin, tapi saya teringat peristiwa kawan saya ditipu di stesen bas. Jadi perlu berhati-hati. Bagi saya, selagi mak cik itu tidak meminta duit atau apa-apa, saya diam sahaja.


SITUASI 2


Surau awam di stesen bas.


Langit dah gelap, dah masuk waktu maghrib. Tak ada azan pun. Lepas tu, terus cari surau berdekatan. Terus solat sebab saya dah ada wudhuk. Dalam surau ada 2 orang yang dah selesai solat dan bersiap-siap untuk keluar. Juga seorang mak cik yang sedang duduk bersandar di dinding. Saya baru nak solat, tiba-tiba saya dengar mak cik tu merayu-rayu dan mengadu yang dia perlu balik ke rumahnya (saya tak dengar dengan jelas, suaranya perlahan). Dia perlukan duit. Tiba-tiba, terus terdetik di hati saya, boleh percaya ke tak ni?


Mak cik tu bercakap dengan salah seorang yang sudah selesai solat tadi. Mungkin dia student juga.Kasihan. Student itu bertanya berkali-kali ke mana mak cik nak pergi dan dia bersedia untuk carikan teksi dan bagi wang tambang kepada mak cik tu. Dalam hati saya, Subhanallah, baiknya dia. Sedangkan waktu itu, bas dia dah sampai dan tunggu masa nak bertolak. Student tu tergesa-gesa memanggil pemandu teksi untuk memangku mak cik tu ke teksi, sebab mak cik tu agak uzur. Saya blur... Waktu nak keluar dari surau, mak cik itu masih tercegat kat pintu. Dia tak nampak mana satu seliparnya yang sebelah lagi. Saya pun terus tolong dia.


Adakah kerana saya terlalu berhati-hati, saya perlu bersangka buruk? Sedih. Tapi saya rasa lega, sekurang-kurangnya saya membantu makcik tu mencari seliparnya. Student yang tu macam nak menangis sebab takut ditinggalkan bas.


Saya nampak kebaikan pada raut wajahnya. Saya dengar dia kata, "bas dah nak gerak, tapi nak buat macam mana, saya kesian dengan mak cik ni." Ermm, baiknya dia. 


Indah wajahnya kerana indah hatinya. Sentiasa bersangka baik.
...............................................................
Dalam dua situasi di atas,
ada persamaan tak?
atau berbeza?


Dalam bersangka baik,
adakah kita perlu 'memilih'??
untuk masa, tempat, atau individu tertentu???
...............................................................

Teringat satu qalam Allah;

Firman Allah bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat: ayat 12)

Nur 'ala an-Nur
Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.