Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

17.8.11

Malunya...



Malunya aku nanti...

Kita yakin bahawa pertolongan Allah itu dekat bila kita berusaha mencarinya…
Tapi kenapa bila kita yakin tetapi usaha kita sangat sedikit
dan umpama melepas batuk di tangga… 

Bila kita ada banyak masa baru baca alquran..
Bila kita susah baru hendak bertaubat..
Bila kita sempit baru kita berzikir…
Bila kita lapang baru solat berjemaah di masjid…
Bila kita tidak sibuk baru kita luangkan sedikit masa mencari ilmu Islam…

Malunya aku ya Allah… 

Malunya kerana umpama tongkat yang bengkok mengharapkan bayang-bayang yang lurus… 

Malunya nanti untuk menghadapMu sekiranya sudah tiba ajalku… 

Apa lagi yang akan aku jawab nanti bila berhadapan denganMu nanti…
Aku hanya mengharapkan pertolongan dariMu
dalam masa yang sama aku tidak menjaga hubungan kita…
Jadi bagaimana Engkau mahu menolong aku kan… 


Astagfirullah… Astagfirullah…. Astagfirullah…

Bantu aku Allah…
Bantu aku sahabat…
Dalam usahaku mencari pertolonganMu…

Agar aku tidak sedetik pon lupa mengingatiMu tika aku senang ataupun susah…

Malunya aku ya Allah…

"aku lalai, aku leka dlm menelurusi hidup ini.
aku tak mahu terus lena dlm kehidupan duniawi semata,
sedangkan akhirat itu yg abadi...

aku takut ya Allah, bagaimanakah keadaan ku di sana nanti.
segala gerak laku, segala gerak hatiku
akan dipertontonkan di khalayak ramai.

'CCTV' sentiasa ON di mana2 & bila2 masa

di dunia ini, memang aku hanya manusia biasa.
tapi ya Allah, pandangan-Mu yang harus diutama.
biarlah diriku ini dipandang mulia disisi-Mu.

sesungguhnya aku mohon ya Allah,
peliharalah aku sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang-Mu...
peliharalah aku dan orang-orang disekelilingku sentiasa dalam kebaikan.
amin ya Rabb."

-hidup mulia dengan Islam-

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...


2.8.11

Ramadhan Kareem



Semoga Ramadhan yang hadir kali ini akan
menambahkan lagi cinta kita pada Ilahi.


"Aku, janganlah terus terleka
dalam menjalani hari-hari tika Ramadhan ini.

Percayalah,
ini mungkin peluang yang terakhir kalinya.

Rebutlah peluang ini sebaiknya."



Rakaman Motivasi Pagi ikim.fm
RAMADHAN MEMBENTUK JIWA~ Menyingkap RAHMAT Ilahi...

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.