Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

30.7.11

Manisnya Hidayah


Hari Hiburan Islam (HAI) 2011 @ Kota Bharu, Kelantan
Tajuk Bicara Selebriti: 'MANISNYA HIDAYAH'


(Bagi yang tidak berpeluang hadir, anda boleh menonton rakaman program di link berikut: http://www.ustream.tv/recorded/16331896http://www.youtube.com/watch?v=yMD5VMFWsdo&feature=related, )

Sedikit ulasan dari setiap panel jemputan:

"Kekuatan bagaimana hendak istiqamah, jawapannya saat simple dan jelas iaitu doa. Sebab sesungguhnya senjata orang mukmin itu ialah doa.", Sham kamikaze menjawab soalan salah seorang hadirin.




"Tidak sesuai jika hendak dibandingkan antara ustaz dengan artis, kerana di 'mata' Allah S.W.T.,  insan yang mulia ialah insan yang bertaqwa. Yang bertaqwa itu mungkin artis, dan yang bertaqwa itu mungkin ustaz. Walau bagaimanapun, kita tidak berada di posisi untuk menilai apa yang ada di dalam hati manusia kerana penilaian diri kita juga akan dinilai oleh Allah S.W.T.", kata Ustaz Hasrizal.




"Sumber kekuatan saya tak lain dan tak bukan hanyalah Al-Quran yang saya bawa kemana-mana sekarang di dalam beg tangan saya, dan cuba kembali menghafal ayat-ayat Al-Quran. Dan setiap kali saya mebuka helain Al-Quran, ayat sahaja ayat yang pasti terkena kepada batang hidung saya. Jadi dari situlah saya mendapat kekuatan dan ayat-ayat Al-Quran ini memang penawar jiwa dan memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua. Saya benar-benar berubah sejak setahun yang lalu apabila saya menghadiri sesi usrah, membaca Al-Quran, dan berkawan dengan orang-orang yang soleh.", ulas Wardina Saffiyah.




"Hakikatnya soal hidayah bukan saja diperlukan oleh artis, ia diperlukan oleh kita semua, diperlukan oleh orang yang jadi tok guru, ustaz, syeikh, dan diperlukan oleh orang-orang biasa. Sebab itulah setiap hari kita sebut 'Ihdinaa-Siraatal-Mustaqiim'. Bukan kerana kita telah sesat menganut agama kufur, tetapi kita menyebutnya dalam keadaan kita menunaikan solat.


Ulama'-ulama' tafsir menyebutkan tentang jenis-jenis hidayah. Masuk Islam itu satu hidayah. Tetapi hidayah yang kita sebut  'Ihdinaa-Siraatal-Mustaqiim' ialah hidayatul taufiq. Hidayah bimbingan Allah. Bukan semua orang yang mengetahui yang benar itu mampu mengikut yang benar, ataupun bersedia untuk mengikut yang benar. Bukan semua orang yang tahu tentang kewajipan solat, dia bersedia untuk bersolat. Dan bukan semua orang yang bersolat itu mampu untuk khusyuk, dan bukan semua orang yang bekerja untuk Islam itu, dia mampu buat dengan ikhlas. Maka siapa sahaja di kalangan kita, kena sebut banyak-banyak 'Ihdinaa-Siraatal-Mustaqiim'.


Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada semua. Hakikat hidayah hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.", kesimpulan perdana oleh Dr. Mohd Asri.


*Tahniah buat kerajaan negeri kelantan dan penganjur atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Teruskan dengan program yang mendidik jiwa masyarakat.

Moga Kita Terus Istiqamah di Jalan Yang Lurus


Ya! Manisnya Hidayah Ilahi.

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

25.7.11

Bersedia Hadapi Ramadhan

PERKONGSIAN


RUJUKAN: Andy Sahlam Sahartang, 22/7/2011, TAZKIRAH JUMAAT: PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN AL MUBARAK,

Persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan kita bahagikan kepada 6 bahagian seperti yang tertera pada jadual dibawah ini dan setiap persediaan pula diselitkan dengan cara bagaimana kita nak melakukan persediaan tersebut, mari kita lihat



Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

(Bersama meningkatkan KUANTITI & KUALITI amal di bulan yang penuh barakah ni, dan semoga ianya berterusan pada bulan-bulan berikutnya. Moga istiqamah)
 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

24.7.11

Saya Pelajar Tahun Akhir

SENARAI UNTUK BUAT: TO DO LIST

(1) Mini thesis LI 

(2) Research proposal 
   

(3) Final year project 

(Ya Allah, permudahkan urusan ini... Semoga dapat hasilkan yang terbaik. Biiznillah.)

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

16.7.11

Meniti Kedewasaan


Bermula langkah kali pertama

Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana

Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa

Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana

Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya

Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja

Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya.
(Jalan Mujahadah by Wirdani)


(Ulang Tahun ke-22)


Umur... Usia...Masa
kurniaan Ilahi
gunakanlah untuk berbakti

Hidup kita...
ada turun naiknya
tak terlepas dari gembira dan kecewa
menjadikan kita lebih dewasa

(Maut kan datang bila-bila masa di mana jua. Bersediakah kita?)

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.