Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

29.6.11

Ceramah @IMMB


MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ.
Allah memulakan ayat berikut dengan memuji dan membesarkan diri-Nya; Subhanallah… 
 “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “ (Surah al-Israa’ ayat 1).



POINT/PESANAN DARI USTAZ (Ustaz Afiz Hassan)
- Petikan kisah isra' dan mikraj Rasulullah S.A.W.
Islam adalah Cara Hidup.
- Wajib tahu dan taat 2 rukun: RUKUN ISLAM (5) dan RUKUN IMAN (6). Kedua-duanya melibatkan kepercayaan dan keimanan.
- IMAN = meyakini beriman dalam hati + menzahirkan dengan perbuatan + melafazkan dengan lidah
- Rasulullah tidak pernah tinggal untuk mendoakan umatnya setiap hari


- Kerja > Ikhlas > IBADAH... (Ikhlaskah kita selama ini dalam bekerja???)


- Didik ahli keluarga (suami/isteri/anak-anak) dengan AGAMA. (Contoh: Solat berjemaah, Cerita kisah atau peristiwa dalam Islam, Membaca/mengaji al-quran, Tegur ahli keluarga jika mereka ada membuat dosa/kesilapan).


- Jangan buat maksiat
- Jangan ber'dating'.
- Tutup aurat dengan sempurna.



RINGKASAN PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ.

Cantik poster! Credit to Mr.. & ..


*Islam adalah ad-Diin; Cara Hidup
(Bersyukur pada Ilahi selagi masih dikurniakan nikmat IMAN DAN ISLAM dalam diri.
Lagi tak terhingga rasa syukur itu  jika tertegaknya Islam dalam diri setiap ahli keluarga, masyarakat, dan juga negara.)

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

26.6.11

Akhirnya, dia muncul juga...

Akhirnya, dia muncul juga... lama dah dinanti.
Subhanallah, salah satu ciptaan Ilahi yang amat-amat ku kagumi.

Pelangi Indah; 0730am 26/6/11 @KKSB



"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya ke mana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

Subhanallah...

*(Baru beberapa hari lepas rasa teringin sangat nak tengok pelangi secara live. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi.MasyaAllah dalam mimpi tu nampak sangat banyak pelangi tiba-tiba muncul kat langit) 


ok, ceria-ceriakan hidup anda seperti cerianya sang pelangi yang indah itu~



 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

15.6.11

Menjadi 'Presenter' Terbaik

InsyaAllah senang saja caranya untuk menjadi presenter yang terbaik.
Ringkasnya, ada 7;


1) Kumpul bahan dan maklumat secukupnya.
2) Produce slide presentation yang menarik. Fokus perkara yang penting sahaja.
3) Prepare teks perbentangan.
4) Practice beberapa kali sebelum perbentangan.
5) Cipta contoh soalan yang bakal ditanya dan prepare jawapannya.
6) Semasa perbentangan, banyakkan penerangan daripada hanya membaca.
7) Mulakan dengan Bismillah. Banyakkan berselawat sebelum mulakan perbentangan.


- Siapa2 nak tambah lagi tips, boleh kongsi di sini...



    Terfikir pula....
Bagaimana nanti di suatu masa di padang mahsyar. Di mana kita akan mem'persembah'kan segala amalan selama di dunia di hadapan Allah. Segalanya dipaparkan satu persatu. Adakah kita cukup bersedia? Adakah cukup jawapan untuk segala yang bakal ditanya atas apa yang sudah dipertanggungjawabkan kepada kita di atas dunia ini? Sudah ada alasan untuk kita terlepas daripada balasan segala dosa dan maksiat? (Jawapannya ada pada diri kita masing-masing. Wallahu'alam).


(Semoga dipermudahkan urusan bagi siapa2 yang ada presentation buat masa ni.)

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

9.6.11

Impian




Tiada Yang Menjadi Impian; Selain Rahmat Kasih Tuhan.


 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.