Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

14.4.11

Usaha Sungguh2! Doa Banyak2! Tawakkal Betul2!

Jadual final exam Semester 6

STRIVE & PRAY HARDER, that's all...

DOA: "Wahai Zat yang menjadikan lautan dan airmata, wahai Zat yang telah menjadikan seluruh khazanah perbendaharaanNya dan tuhan yang sedia mengetahui setiap perkara yang belum berlaku, kami memohon kepada-Mu ya Allah agar mendorong kami ke arah jalan yang Engkau redhai, dan jadikanlah kami golongan yang bakal memperolehi kebahagiaan dan kekayaanMu; dan kami memohon semoga Engkau memudahkan kami mencapai setiap keinginan dan permintaan; dan Engkau jadikanlah setiap kami di kalangan hamba-hambaMu pada setiap kejayaan dan kemenangan; dan janganlah Engkau jadikan seorang pun di kalangan kami berhajat (bergantung harap) kepada sesiapa pun dalam urusan rezeki; dan Engkau iringilah setiap pergerakan kami dengan petunjuk; dan Engkau jadikanlah keredhaanMu sebaik-baik teman dan sahabat buat kami; dan kurniakanlah kepada kami permintaan yang cepat diterima. Ya Allah perkenankanlah doa kami dan berilkan kepastian akan tercapainya harapan kami kepadaMu. Masukkanlah kami ke dalam jagaan kasih sayangMu yang terpelihara dengan rahsia firmanMu "Sesungguhnya, apabila Ia (Allah) menghendakinya sesuatu terjadi (maka Allah) hanya (perlu) berkata 'kun', maka terjadilah ia."
 
...SEGALANYA MILIK ILAHI...

7.4.11

Re-Fleksi


SELF-REFLECTION... Hari-hari adalah hari yang indah penuh warna warni kehidupan.


Tetapi Dia telah menjanjikan kekuatan untuk lalui hari-hari itu

Kebahagian... hadir menutup kedukaan yang hanya seketika cuma
Kejayaan... satu anugerah setelah gagal awalnya
Kesenangan... dirasa selepas susah mulanya
Cahaya... menyuluh menerangi kegelapan yang sekian lama.

Segala kejadian itu tidak terjadi dengan sia-sia.
Semua ada sebabnya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya dan hikmahnya itu...

Ayuh refleksi diri!
Cermin diri!!
Muhasabah diri!!!

"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku Ya Allah, banyaknya hak dan amanah yang tak ku laksana sebaiknya. Bantu diriku ini Ya Allah. Berkati diriku ini Ya Allah. Aku hamba-Mu. Engkau Tuhanku. Pimpinlah hatiku, peliharalah diriku sentiasa dalam redha-Mu. Ya Allah bersihkanlah hatiku ini. Lenyapkanlah segala yang menghijab hatiku ini Ya Allah. Sesungguhnya hijab itulah yang menghalang aku memperoleh cahaya petunjuk dan hikmah ilmu-Mu itu, Ya Allah... Ku menginginkan yang terbaik bagi kehidupanku di dunia ini, juga di kampung akhirat kelak. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan bagi diriku dan orang-orang di sekelilingku. Kurniakanlah rahmat dan kasih sayang-Mu agar hidup kami ini mendapat barakah."

-Hisab diri sebelum diri dihisab- 

 ...SEGALANYAMILIKILAHI...

4.4.11

Bicara Penuh Hikmah

Hayati bersama... kata-kata yang penuh hikmah
DARI LUQMANUL HAKIM;

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya 25 wasiat iaitu: 






1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKAL kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu BELUM TENTU mendatangkan kesegaran dan pahit itu BELUM TENTU mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin MENCARI TEMAN SEJATI, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.



4. Perbaikilah TUTURKATA, halus BUDI BAHASAmu dan MANIS WAJAHmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.


5. Hai anakku, JANGANLAH engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, JANGAN engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, JANGANLAH engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan JANGANLAH engkau mensia-siakan harta dunia kamu.


6. Hai anakku, ambillah harta dunia SEKADAR KEPERLUANMU, dan NAFKAHKANLAH yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau BERTEMANKAN orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.



7. Hai anakku, apabila engkau BERTEMAN, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.



8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang TIDAK BERHAJAT KEPADA PUJIAN atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.



9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana ENGKAU DICIPTAKAN oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang TERPEDAYA dengan dunia semata-mata.



10. Hai anakku, usahakanlah agar MULUTmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.



11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu MENCARI ILMU tetapi tidak engkau MENGAMALKANNYA. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.



12. Janganlah engkau MAKAN atau MINUM yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang PENYAYANG, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berDIAM diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.


14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah KATA-KATA dan NASIHATnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.


15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab MENZIARAHI ORANG MATI itu akan mengingatkan kamu kepada KAMPUNG AKHIRAT, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.


16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan MUSYAWARAHlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon NASIHAT daripadanya.


17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk MENERIMA NASIHAT, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.


18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka MARAHNYA ITU sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.


19. Jauhilah dirimu dari berHUTANG kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah BERHARAP KEPADA ALLAH agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. TAKUTLAH KEPADA ALLAH dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai JIRAN yang jahat.


22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau MENGIRIMKAN UTUSAN melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.


23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat DUSTA, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.


24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa TAWADHUK KEPADA ALLAH, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.








25. Hai anakku, seorang PENDUSTA itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

*Luqmanul hakim (Luqman yang bijaksana); telah dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan kepadanya, SUBHANALLAH... Sehinggakan namanya ada terkandung dalam al-Quranul Karim.


 ...SEGALANYA MILIK ILAHI...

1.4.11

Bagaimana?


Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bagaimana hendak berasa syukur?
Rasa tidak bersyukur bukan sesuatu yang dibuat-buat.
Ia hadir sendiri dari dalam jiwa.

Berpuashatilah dengan segala apa yang kita miliki.
Bagaimana hendak berasa berpuashati?
Rasa tidak puashati datang sendiri dalam jiwa.

Bersabarlah dengan segala ujian Allah SWT.
Bagaimana ingin bersabar?
Jiwa memang sedih, kecewa dan sebagainya dengan apa yang berlaku.

Untuk berjaya, kamu kena kuat berusaha. Kamu kena rajin.
Bagaimana untuk kuat berusaha sedangkan kita memang malas?

Kalau kamu malas, kamu kena banyak solat, kamu kena banyak baca Al-Quran.
Bagaimana nak solat kalau memang malas?
Bagaimana nak baca Al-Quran kalau memang malas?

Bertaubatlah untuk bersihkan hati.
Bagaimana nak bertaubat kalau memang malas nak bertaubat?

Kalau kamu marah, kamu pergi ambil wudhuk dan solat.
Bagaimana dalam keadaan marah, kita nak pergi ambil wudhuk dan solat untuk hilangkan marah?
Memang kita rasa nak marah.

Cukuplah beberapa perkara saya sebutkan di dalam artikel ini walaupun sebenarnya terlalu banyak lagi kita diarahkan oleh rakan-rakan dan juga pakar-pakar pemantapan diri di dalam mengatasi masalah kita. Kita seringkali diminta oleh rakan-rakan mahupun pakar-pakar di dalam bidang pemantapan diri untuk melakukan sesuatu yang pada asasnya memang susah untuk dilakukan. Kita seringkali disarankan untuk melakukan sesuatu yang saya panggil sebagai ‘High Level Suggestion’ atau cadangan bagi mereka yang sudah benar-benar mempunyai kesedaran. Apabila kita memberi respon ke atas saranan seperti saya berikan di atas, pasti kita pula akan dikata seorang yang banyak dalih tapi tidak buat-buat. Kita akan diberikan pula dengan ayat “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”. Sedangkan apa yang kita nyatakan adalah sememangnya apa yang ada di jiwa kita. Kita memerlukan saranan-saranan “Low Level Suggestion”. Kadang-kadang kita terasa terlalu bosan dan penat mendengar saranan-saranan “bersabarlah,bersyukurlah, tabahkan hati” dan sebagainya. Ini adalah kenyataan ramai di antara kita berasakan sedemikian.

Kita jarang diberitahu “bagaimana” untuk benar-benar menyelesaikan masalah kita. Sebagai contoh, di dalam keadaan seseorang sedang sedih kerana kematian orang yang dikasihi, kita hanya memberikan saranan “bersabarlah”. Kita tidak tahu sebenarnya saranan itu lebih menyakitkan kerana kita memberikan saranan bersabar tetapi bagaimana? Penerima saranan pasti akan lebih tertekandengan saranan itu kerana ramai yang menasihati beliau agar bersabar tetapi“bagaimana” nya terpaksa beliau fikirkan sendiri.

*** “High Level Suggestion” adalah saranan untuk fikiran. Ia bukan saranan untuk jiwa. Maka ia sesuai untuk mereka yang sudah benar-benar mantap jiwanya. Lalu bagaimana dengan kita orang kebanyakan di mana jiwanya masih berbolak balik kekuatannya? Kita memerlukan saranan di peringkat jiwa. Saudara, Di dalam menyelesaikan masalah jiwa ini, kita perlu kembali kepada Allah. Untukberada dekat dengan Allah, kita perlu BERKOMUNIKASI dengan Allah dan minta pada Allah. Bagaimana hendak berkomunikasi kalau kita malas? Beritahu pada Allah yang kita malas berkomunikasi. Bukankah ia juga merupakan komunikasi. “Ya Allah, aku malaslah nak berkomunikasi denganMu ya Allah”. Ini juga satu komunikasi. Kita tidak kurang ajar dengan Allah tetapi kita meluahkan apa yang kita rasa pada Allah. Apa yang terlintas di fikiran, yang kita nampak, yang kita dengar, yang kita rasa dansebagainya, cakapkanlah dengan Allah SWT.

Masalah kita pada hari ini kerana kita terlalu menjaga apa yang kita ucapkan padaAllah sedangkan JIKA KITA TIDAK UCAPKAN PUN, IA JUGA ADA DALAM FIKIRAN KITA. Dan Allah mengetahuinya. Sejak kecil kita diajar supaya jangan ucapkan sebarang kata dengan Allah untuk mengelakkan kurang ajar. Lalu kita pun berjaga-jaga kata-kata kita sedangkan di dalam fikiran kita pelbagai perkara kita ingin katakan pada Allah. Kita terlupa bahawa walaupun sesuatu yang kita tidak katakan pada Allah dalam bentuk kata-kata, Allah tetap akan tahu apa yang kita fikirkan malah Allah tahu apa yang akan kita fikirkan. Saya yakin dan amat-amat yakin semua orang mengetahui kita perlu bersyukur, bersabar, rajin, wajib mengikut perintah Allah dan sebagainya, namun ia terasa sukar untuk dilakukan bukan?

Maka mintalah pada Allah dan minta itu juga merupakan satu komunikasi.
“Ya Allah, aku tahu aku perlu bersyukur kepadaMu ya Allah. Tapi aku tak boleh nak rasa bersyukur ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Berikan rasa syukur itu dalam jiwakuya Allah.”
“Ya Allah, aku kehilangan orang yang aku sayang ya Allah. Aku sedih ya Allah. Akurasa kehilangan ya Allah. Aku rasa hidup aku tidak ada apa ertinya lagi ya Allah. Sukarnya hidup aku ni ya Allah. Sabarkanlah aku ya Allah”

Luahkan segala-galanya.Jika kita tidak meminta apa-apa pun tidak mengapa yang penting adalah komunikasi dengan Allah.
“Ya Allah aku malaslah ya Allah. Malaslah aku buat kerja ni ya Allah. Tapi kerja ni kena siapkan hari ini ya Allah. Berilah aku rajin ya Allah. Berilah ya Allah. Terimakasih Allah. Terima kasih.”

*** Jika kita menasihati seseorang beritahulah dengan jelas. Sebagai contoh; ketika sahabat kita dalam keadaan sedih, “Sabarlah, cuba minta pada Allah supaya bersabar. Cakap je pada Allah apa yang ko fikirkan. Luahkan je apa benda sekali pun dalam fikiran ko. Ko cakap je macamni, “Ya Allah, berilah aku sabar ya Allah. Aku sedih sangat ni ya Allah. …….” Sambungkanlah mengikut keadaan sahabat saudara itu. Saranan harus jelas dan ajarkan bagaimana untuk lakukan. Berikan contoh. Jika tidak, berdiam, senyum dan berkomunikasilah dengan Allah (memohon agar sahabat kita diberikan kesabaran) ketika bersalam dengan kawan yang sedih adalah lebih baik daripada berkata pada sahabat “sabarlah” atau “bersyukurlah dengan apa yang ada” dan sebagainya.

Jika kita memberikan ceramah motivasi, jelaskan saranan. Jangan hanya beritahu saranan-saranan yang sebenarnya semua orang tahu. Elakkan memberikan ceramah motivasi begini: “Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita kena rasa cukup. Kalau kita tak rasa cukup, kita akan mengeluh, akan rasa tertekan dan sebagainya”. “Kita tidak boleh rasa marah. Kita kena buang rasa marah.” Elakkan juga saranan-saranan yang “High Level Suggestion” kerana saranan-saranan tersebut akan menambahkan kesukaran untuk kita lakukan. Contoh: Bersyukurlah dengan apa yang ada. Untuk rasa bersyukur, cuba kita fikirkan apa yang kita miliki. Kita ni bernasib baik daripada orang lain. Banyak dah kita ada.”

 Ini merupakan “high level suggestion” di mana ia mempunyai tahap keberkesanan yang rendah jika disarankan kepada mereka yang sukar untuk bersyukur. Mulut mengatakan syukur namun bagaimana dengan jiwa? Jelaskan dengan sejelas-jelasnya “bagaimana”. Berikan contoh-contoh. Kerana itu saudara akan lihat di dalam laman web ini akan disertakan contoh-contoh agar memudahkan pemahaman pembaca. Jelas dan mudah dilakukan.

*** Saudara, Hanya Allah yang boleh membuatkan kita bersabar, bersyukur, rajin, berpuas hati dan sebagainya. Lalu saranan kita perlu sampai ke “Low Level Suggestion” ketika kita memberikan saranan kepada mereka yang mempunyai masalah. Ajar mereka untuk sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Bagi mereka yang tidak pernah lakukan, lakukanlah dan lihatlah kesannya di mana kita akan sentiasa ingat Allah setiap masa. Jika tidak mahu lakukan pun, cakaplah pada Allah “Ya Allah aku malas nak lakukan apa yang Fuad kata ni ya Allah. Macamlah betul sangat apa yang dia kata ni. Dia bukan hebat pun. Buat apa nak komunikasi-komunikasi.

Jika kita sering berkomunikasi, dikala kita dilanda masalah, pasti kita tidak teringat sesiapa pun kecuali Allah untuk mengadu dan meminta pertolongan. Kemudian barulah ilham-ilham datang untuk kita menyelesaikan masalah kita samada perlu meminta pertolongan orang lain atau tidak. Pepatah ada mengatakan: Seharusnya masa yang terbaik untuk kita melakukan kebaikan adalah sejak dahulu lagi. Namun jika kita tidak melakukannya lagi, masa yang terbaik adalah SEKARANG. Mulalah berkomunikasilah dengan Allah sekarang.


Dipetik dari: Buku JIWA POSITIF DAN HIDUP BERTUHAN (Vol 2) -MEMILIKI KESEDARAN TERTINGGI

Volume 1 JPHBT: Komunikasi Dengan Allah SWT.
Volume 2 JPHBT: Memiliki Kesedaran Tertinggi.
Volume 3 JPHBT: Berserah Kepada Allah.
Volume 4 JPHBT: Rasa Nyata Hidup BerTuhan.
Volume 5 JPHBT: Sebuah Taman Yang Indah.


Merasa hidup bertuhan =  Tahu & merasa Allah wujud = Sentiasa mengingati Allah.


...SEGALANYA MILIK ILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.