Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

25.3.11

Buka Mata Hati & Minda

ALLAH
KAU ciptakan segalanya
kami semua,
menadah tangan
bersyukur selamanya.
Alhamdulillah...

video
Vokal: Kyrel Marjan 
Backup vokal:  Ed Marjan
Lagu Asal: Maher Zain 'Open Your Eyes'


...SEGALANYA MILIK ILAHI...



16.3.11

Pray For Japan

Source: (Islamic Artworks by IPIJ Technology)
"...Setiap kejadian ada hikmahnya...

        Ingat!!!
bukan musibah saja merupakan ujian dari Allah,
kesenangan juga bisa menjadi ujian buat kita (manusia)."

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

15.3.11

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan



"...Apabila bersama orang soleh,
membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan..." 
___________________________________


*Dari Ibnu Abbas (sahabat Rasulullah S.A.W.):
-7 tanda KEBAHAGIAAN di dunia-


1-Qalbun Syakirun (hati yang selalu bersyukur



2-Al Azwaju Solihah (pasangan hidup yang soleh)

3-Al Auladun Abrar (anak yang soleh)

4-Albiatu Solihah (suasana yang baik)
 

5-Al Malul Halal (harta yang halal)

6-Tafakuh Fi Deen (semangat untuk memahami agama)

7-Umur yang barakah (umur semakin tua semakin soleh, setiap detik diisi dengan amal ibadah)
 
......................
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 

Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni ilahi 
Itulah zikir yang hakiki.
......................

DOA: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Al-Baqarah: ayat 201)

~Mengimpikan betapa indahnya bi'ah solehah itu~

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

5.3.11

Hati Saya, Kamu & Dia Milik Siapa?



Hati saya, hati kamu, & hati dia milik siapa?

Anda tahu jawapannya? 
__________________

05/03/2011- Hari ini, syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hadir ke forum anjuran program Quranic Generation USMKK. Dapat juga melihat secara 'live' dua orang novelis terkenal. Sejuk rasa hati bila memandang dua pasangan tersebut (hari ini mereka sedondon dengan baju warna peach).



Tak sempat nak ambil autograf/ bergambar kenangan bersama meraka. Jika ada rezeki, nak jumpa lagi.
.....................................................................................................

Di sini, saya kongsikan beberapa point penting yang disampaikan oleh mereka. Mungkin ia dapat merungkai persoalan 'hati kita milik siapa?'. Moga bermanfaat.

Program: Forum bicara hati “Hatiku Milik Siapa?”
Panel jemputan: Dr. Farhan Hadi & Ustzh. Fatimah Syarha



PUSINGAN 1

SOALAN:

Bagaimanakah konsep cinta yang sebenarnya yang cuba kita kupas pada malam ini?

JAWAPAN:

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia. Terdapat banyak definisi cinta yang telah didefinisikan oleh banyak golongan.


Sebagai contoh;
(Kata Abdullah Nasih Ulwan: Cinta itu apabila seseorang merasa minat terhadap sesuatu dan ada kecenderungan untuk memilikinya.)
(Dalam Kitab Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin tulisan Ibnul Qayyim al-Zauji: Cinta ada 60 istilah, dan kebanyakannnya cinta yang disalahertikan oleh manusia.)



Cinta dibahagi kepada 2:

      1)    Cinta yang diiktiraf= Cinta kepada Allah, Rasulullah, Ibubapa, Keluarga, Ilmu, Perjuangan.
      2)    Cinta yang tidak diiktiraf= Cinta antara lelaki-perempuan yang ajnabi.
.....................................................................................................

SOALAN:

Cinta itu banyak skopnya. Cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengaplikasikannya? Ada tips untuk merungkaikannya?

JAWAPAN:

Kenapa perlu cintakan Allah? Kerana pada cinta Allah itu ada kemanisan iman. Kita akan dapat rasa iman itu manis, maksiat itu pahit. Kita akan memberontak menolak kemungkaran. Dan akan membuatkan hidup rasa termotivasi kerana kita tahu Allah itu Maha Agung.
Motivasi, sebagai contoh, Allah memujuk Rasulullah ketika dakwah baginda, seperti yang tersurat dalam al-Quran.
Di awal usaha dakwah itu pahit, tetapi akhirnya manis.
(Dalam surah Ad-Dhuha yang bermaksud:
“Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan, Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.”)



Bagaimana hendak membalas cinta Allah?

      1)    Cinta BERSAMA Allah (ini salah kerana seperti syirik, menduakan Allah)
      2)    Cinta KERANA Allah (ini bagus kerana cintakan sesuatu kerana Allah)
      3)    Cinta KEPADA Allah (inilah yang terbaik)

Tips bagaimana nak aplikasi/ekspresi/kekalkan cinta kepada Allah:

       1)    Jelas dahulu matlamat hidup di dunia.
           -Sebagai hamba Allah, Khalifah. (Rujuk Surah Adz-dzariyat ayat 56)
     
Sentiasa 'sertai program-program’ dari Ilahi:
i-    Program setiap saat = zikrullah
ii-   Program harian = solat
iii-  Program mingguan = solat jumaat
iv- Program bulanan = Peristiwa dalam bulan-bulan Islam
v-  Program Tahunan = Puasa Ramadhan
vi- Program sekali seumur hidup = Haji

*Dengan ‘program-program' tersebut, kita akan dapat mengingati Allah sentiasa.’

       2)    Jaga ikhlas
   -Lakukan dan tinggalkan sesuatu perbuatan hanya kerana Allah semata.

       3)    Jaga hak Allah
    -Buktikan rindu pada Allah, dengan (membaca al-Quran, solat awal, majlis ilmu, bersama   sahabat-sahabat yang soleh/ah, selalu mengingati Allah). Cadangan ustazah: Kerapkan   menyebut nama Allah dalam setiap perkataan kita.


PUSINGAN 2

SOALAN:

Bagaimanakah cara untuk cinta dan sayang terhadap Rasulullah S.A.W?

JAWAPAN:

Buktikan rasa cinta dengan 3 cara:
        1)    Lafaz: Amalkan berselawat
        2)    Perbuatan: Amalkan sunnah Rasulullah S.A.W
        3)    Dalam hati: Rasa cinta kepada Rasulullah membuktikan seseorang itu beriman.
(Rasulullah S.A.W bersabda, "Tak seorang pun di antara kalian memiliki iman sampai ia mencintaiku melebihi cintanya pada ayahnya, anak-anaknya, dan seluruh manusia." -Hadith Sahih)

………..-Tayangan klip video: Nasyid ‘My Mother’ by Yusoff Islam-…………….

SOALAN:

Apa komen ustazah mengenai video tersebut?

JAWAPAN:

- Berbakti kepada ibubapa.


Dipetik kisah-kisah terdahulu;

Kisah Rasulullah S.A.W.: Walaupun ibubapa baginda meninggal dunia sejak kecil,  namun baginda tetap berbakti kepada mereka. Buktinya, baginda menziarahi kubur ibubapanya. Baginda menangis sehingga menyebabkan orang sekeliling juga menangis. Dan baginda tahu sesungguhnya menziarahi kubur dapat mengingati kepada kematian.

Kisah Harithah bin Uthman: Beliau suka membelai rambut ibunya, memberi makanan dan sentiasa patuh kepada arahan ibunya. Sehinggakan, ada masa dia terus bergerak walaupun tak mendengar apakah arahan ibunya. Bagi menjaga hati ibunya, beliau hanya bertanya kepada orang di sekeliling.

Kisah Uwais al-Qarni: Beliau tidak hidup bersama pada zaman Nabi, tetapi namanya disebut dan dikenali ketika itu. Rasulullah S.A.W. meminta Saidina Umar mencari Uwais dan baginda berkata, mintalah Uwais berdoa kepada Allah agar dosamu diampunkan Allah, kerana doanya ketika itu akan dimakbulkan. Keistimewaan ini diperolehinya kerana Uwais seorang yang sangat berbakti dan hormati ibubapanya.

- Fitrah cinta.

Kisah malam pertama Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a. (dari kitab Ibnul Qayyum al-Zauji): “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu.”

*Sebelum bernikah, Fatimah az-Zahra juga pernah ada perasaan cinta kepada Saidina Ali, tetapi bezanya Fatimah az-Zahra, dia ada cara untuk menguruskan rasa fitrah itu. Iaitu dengan mujahadah. Menahan perasaannya daripada melakukan perkara tercela, dan begitu juga Saidina Ali.



PUSINGAN 3

SOALAN:

Dalam media massa, banyak mendedahkan tentang remaja-remaja lari mengikut lelaki ke Thailand/Indonesia (kahwin lari). Merujuk kepada satu hadith: “Jika tidak malu, buatlah sesuka hatimu”. Adakah semua itu berpunca daripada hilangnya rasa malu dan hilangnya rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, dan ibubapa?

JAWAPAN:

Ya.
Kahwin lari bukanlah proses 1 hari, tetapi mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Ia mengambil masa yang panjang kerana bermula dari berkenal-kenalan sehingga membuat keputusan untuk berkahwin. Dari situ dapat kita lihat, betapa banyak maksiat yang dibuat dalam tempoh yang lama itu.

(Rasulullah S.A.W. berabda: Iman memiliki lebih dari enampuluh cabang dan perasaan malu termasuk salah satu cabang iman. Hadith Riwayat Bukhari)

Sifat malu juga berfungsi seperti iman. Malu berfungsi untuk halang seseorang dari buat maksiat. Contohnya, seorang muslimat yang tiada perasaan malu, akan merasa biasa dengan mendedahkan aurat atau membiarkan tubuhnya disentuh lelaki asing.

-TAMAT-

SESI Q & A

   1) Cara paling efektif untuk banteras gejala couple di Malaysia?

-   Kenal dahulu faktor: (Mereka fikir itulah cara untuk zahirkan cinta. Dunia kini terlalu banyak menghidangkan kita dengan drama/novel cinta yang cipta suasana dunia cinta)
-   Anjurkan program untuk sampaikan mesej dakwah (forum/ceramah)
-   Gunakan pelbagai medan dakwah (pembikinan filem/ hasil penulisan/ grafik)

   2) Cara untuk menasihati individu yang berbuat maksiat?

-   Nasihat perlu kreatif/berhikmah
-   Tagih kasih sayang sebelum menagih hujah. (Tampal artikel, hadiahkan CD, tonton filem)-supaya individu tersebut mendapat kesedaran/insaf.

          3) Ada satu kata-kata “orang yang jahil, akan diuji, orang yang berilmu akan diuji’. Jadi,   bagaimanakah untuk menjaga ikhlas?

-   Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Syaitan akan menang jika kita meninggalkan kebaikan, apatahlagi melakukan kemungkaran.
-   Caranya, sentiasa bersemangat untk buat kebaikan. Dalam erti kata lain, teruskanlah kebaikan yang kita sedang lakukan, kerana Allah. Janganlah terasa ingin tinggalkannya, banyakkan istighfar dan teruskanlah berbuat kebaikan. Contohnya dalam melakukan solat sunat.

          4) Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang sudah bercouple, tetapi tiba-tiba terdetik di hatinya untuk berubah? Apa yang patut dia lakukan?

-   Fikirkan yang terbaik. Lebih baik mendapat pasangan secara terhormat, bermaruah & diredhai Allah.

         5) 'Cinta selepas kahwin’. Jika begitu, bagaimana hendak mengenal/mencari pasangan?

-   Kaedah dari Allah = Surah An-Nur ayat 26
(Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).)
-   Untuk dapat yang soleh/ah, jadilah dahulu yang soleh/ah.
-   Bagaimana nak kenal? Pertama sekali lihat pada AGAMAnya. Ia dapat dilihat pada cara dan tingkahlakunya.



PENUTUP

‘Gurindam’ dari Dr. Farhan: (edited: lebih kurang, ayatnya…)

“…Cinta kepada Allah, amalkan zikrullah.
Cinta kepada Rasulullah, amalkan sunnah.
Cinta kepada Islam, amalkan rukun yang lima.
Cinta kepada Ibubapa, jangan derhaka.
Cinta kepada ‘si dia’, tinggalkanlah kerana banyak lagi yang hendak dibaca…”
(…..apa yang hendak dibaca? baca lecture note yang semakin bertimbun-timbun saban hari)

*KESIMPULAN:

(1) Ekspresikan cinta. Buktikan rasa cinta kita terhadap Allah, Rasulullah, Islam, Ibubapa, Keluarga, Ilmu, Perjuangan, dll.
(2) No couple sebelum nikah.
(3) Patuhi segala syariat Islam (dalam al-Quran dan Sunnah)
(4) Jadilah yang soleh/ah untuk dapat pasangan yang soleh/ah.
(5) Bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah dalam setiap perkara.

...Hati kita milik Allah.


Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah. Agar redha Allah kita dapat, murka Allah kita hindar. Bukan sahaja bahagia di dunia, juga di akhirat nanti yang kekal abadi...


*Sekian, sekadar berkongsi apa yang disampaikan oleh 2 panel tadi. Moga bermanfaat. Khas buat renungan bersama. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jom! Sama-sama perbaiki diri menjadi yang baik dan lebih baik. Moga yang baik itu akan jadi amalan kita sepanjang hayat.


Erm... Cinta, cinta, cinta….

Cinta itu fitrah.
Cinta itu anugerah dari Allah.
Cintakan Allah itu cinta teratas.

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.