Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

15.2.11

Senyumlah, Ia Penawar di Hati



Abu Dzar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda. Maksudnya " Janganlah sekali-kali engkau meremehkan sesuatu pun daripada kebajikan, meskipun sekadar berjumpa dengan saudara mu dengan wajah yang ceria." [HR Muslim]

Kata Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda.: "Setiap kebajikan adalah sedekah. Dan di antara kebajikan itu adalah berjumpa dengan saudara mu dengan wajah yang ceria" [HR At Tirmidzi] 
...........................................................
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan


Hati yang gundah terasa tenang, Bila melihat senyum diri kan tenang,
 Tapi senyumlah seikhlas hati, Senyuman dari hati jatuh ke hati


Senyumlah seperti Rasulullah, Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah, Itulah senyuman bersedekah.

........................................................... 
gegey
Tapi....


Ada orang mukanya sentiasa masam mencuka, adakah dia tak pernah senyum? tak pandai senyum? atau tak mahu senyum? Kesimpulannya, janganlah terus menghukum orang ini begini, dan orang itu begitu. Jangan kerana apa yang mata kita lihat, dan begitulah. Mungkin itu hanya pada zahir, dihati siapalah yang tahu. Allah sahaja yang tahu bukan? 


Lain pula ceritanya.... 


Orang kata, orang yang diam itu sombong.
Orang kata, orang yang bising itu suka publisiti.
Orang kata, orang yang menundukkan kepala itu penakut.
Orang kata, orang yang mendongak ke langit itu berlagak.


Semua orang kata...


Dan semua kata-kata itu datangnya dari mata,
Mata yang tertipu,
Itulah yang celik tapi buta.
Siapa tahu, diamnya kerana berzikir?
Siapa tahu, bisingnya kerana memberi peringatan?
Siapa tahu, kepala ditundukkan kerana menjaga pandangan?
Siapa tahu, kepala didongakkan bagi menikmati tanda-tanda kebesaran Allah swt?


Variasi ekspresi muka
Orang yang tersenyum buat jiwa kita tenang dan bahagia, jika sebaliknya, janganlah kita bersangka-sangka. Ada orang yang wajahnya memang begitu barangkali.
Ayuh! sentiasa bermanis muka. Ia jadi penyejuk di mata, penawar di hati...
ok, senyum sokmo... Senyumlah sedekah yang paling mudah.


Senyum itukan sunnah Rasulullah S.A.W.


 "Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit..."
Allahua'alam 

 ...SEGALANYA MILIK ILAHI...

14.2.11

Ya Rasulullah Kekasih Ilahi



If Rasulullah (s.a.w) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? Would you extend all your heart & being? Would you dare do anything less? Then, why do we stray from his way? Ya Rasulullah, sollu ‘alaika ya Habibillah Khairu Khalqillah. (Artist: Sami Yusuf, Copyrights Awakening Records, Album: My Ummah)

  
Firman Allah bermaksud: ‘Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’.' (Surah Al-Anbiya ayat 107)

p/s: Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

6.2.11

Itu & Ini, Tiada yang Sia-Sia (2)

Cuba perhatikan setiap wajah bayi di bawah ni? Adakah semuanya sama?

Unik kan ciptaan Allah?
Benarlah Allah itu Maha Mencipta sesuatu yang berupa (al-Musawwir)

Cuba perhatikan setiap objek; pokok, buah-buahan, serangga, dll semuanya mempunyai rupa dan bentuk yang tersendiri. Bentuk yang pelbagai dapat membezakan antara satu sama lain. Ada beribu dan tak terhingga rupa yang ada. Malah, antara adik beradik kembar pun ada perbezaan antara mereka. Cap jari kita juga berbeza antara satu sama lain, tak ada yang sama.

Cuba bayangkan jika semua manusia mempunyai rupa yang sama, bagaimana ya?

Rama-rama
Pokok
Awan
Kucing
Pisang


Bunga
Warna


Planet
 Setiap satu ciptaan Allah sudah semestinya memberi faedah kepada semua makhluk yang ada di alam ini. Jika tidak berfaedah, sia-sia sajalah. Firman Allah: "Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh (petala) langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Baqarah: ayat 29)

Jadi, terpulanglah kepada manusia untuk menyingkap rahsia ciptaan-Nya. Saintis terdahulu telah membuat penyelidikan terhadap pelbagai ciptaan Allah, sehinggakan unsur yang terlalu kecil seperti atom juga telah dikaji, sama ada terdapat kegunaan atau tidak. Akhirnya, kajian-kajian tersebut dapat memberi sumbangan kepada kehidupan kita hari ini.

Sebagai seorang pelajar, yang muslim, kita perlulah mengambil ikhtibar daripada sifat Tuhan yang Maha Pencipta, yang telah menciptakan pelbagai makhluk dengan pelbagai jenis dan rupa. Alangkah bagus jika kita menjadi seorang pereka. Tambahan lagi, orang-orang yang beriman sepatutnya perlu lebih maju dalam bidang rekaan supaya dapat menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia. Malangnya, pada hari ini lebih ramai golongan kafir yang lebih ke hadapan dalam bidang rekaan. Sepatutnya orang Islam yang beriman dengan Allah yang bersifat al-Khaliq, al-Bari, dan al-Musawwir lebih agresif berbanding orang bukan Islam, dalam bidang penyelidikan untuk sesuatu rekaan. Barulah dikatakan kita ini individu muslim yang benar-benar menghayati ajaran Islam.

Sebagai seorang pelajar bioperubatan, banyak perkara yang kami perlu dan mesti belajar sepanjang 4 tahun pengajian . Pharmacology, microbiology, pathology, immunology, hematology, anatomy and physiology, semuanya yang...logy. 'logy=study'. Ia amat penting untuk kami pelajari agar dapat diaplikasikan ilmu tersebut dalam sebarang penyelidikan, khususnya dalam bidang kesihatan.
banyak kan?
'mereka2' ni ada macam2 rupa. nama pun pelik2
'Science is fun'. Sains juga boleh menyebabkan pengkajinya lebih mengenal Tuhan kerana mereka melihat dan menyingkap sendiri keajaiban ciptaan Allah yang tiada tandingan. Dan seperti yang kita sedia maklum, betapa banyaknya bukti-bukti sains yang telah tercatat dalam al-Quran. Seperti astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan alam. Al-Quran bukanlah kitab sains, tetapi satu kitab yang mempunyai signs (petunjuk). Info tambahan, cuba layari: Laman web Harun Yahya
....................................................


 Ok, berikut adalah sedikit isi-isi penting yang saya dapat dari program
Sign of the Creator 2.

Speaker 1: Dr Ahmed Oktar Babuna

-Darwin evolution theory
-Question: 1) How the first cell is created?
                   2) What are the mechanisms of evolution?
                   3) Are there any fossil evidence of evolution?
-QS 30:27
"Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan) nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nya lah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
-QS 7:191
"Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhala-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatu pun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang."
-Evolution? Mutation & Natural selection.
 
Speaker 2: Dr Cihat Gundogdu

-Evolution (starfish > fish?)
-QS 2:117
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia."
-QS 17:81
"Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."
-QS 56"57
"Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?"
-Science benefits sincere believe 

Speaker 3: Bro Shah Kirit

-Point of the singularity
-Photons (no time, no space, no matter)
- Bukti kewujudan Tuhan
-Study of science = Study of Sunnatullah (Hukum Allah) > understand+believe
-Quran & Modern science (banyak bukti sains yang terkandung dalam al-quran),
Contohnya: QS 23:14
"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."
***Scientist to be... InshaAllah. Doakan saya!

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

2.2.11

Seorang Pemuda, Pemimpin, Pembuka



Catatan: HALAQAH Akar Tradisi Ilmu TV9 (Siaran 1/2/2011)


TAJUK: AL-FATIH
Ahli Panel: Dr. Danial Zainal Abidin
Dimulakan dengan bacaan sepotong hadith; “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

PUSINGAN 1

-Dalam kitab sejarah yang terkenal, peperangan untuk menguasai kota konstantinopal bersangkut paut dengan perang khandak. sebuah kota yang tidak pernah ditawan oleh umat islam sehinggalah akhirnya ditawan seorang sultan/pemimpin (SMAF). SMAF juga pernah digelar Sultan Muhammad ke-7/‘Muhammad II’

-Dalam hadith tersebut menyatakan… “..sebaik-baik pemimpin dan tentera …”  kenapa? Nak tahu kenapa, kita kena belajar sejarahnya. 


Sebab 1: IBADAH -Beliau mengarahkan semua tenteranya untuk berdiri. Kemudian beliau bertanya, siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk. Seorang pun tidak duduk. Soalan kedua, siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib. Separuh yang duduk. Soalan ketiga, siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Semua duduk, kecuali beliau. Itulah pemimpin dan tentera yang terbaik. Mereka bukan sahaja ada kecanggihan teknologi, malah dari segi kehebatan ibadah. 


Sebab 2: STRATEGI PEPERANGAN -Selat bersambung dengan pelabuhan bernama ‘tanduk emas’. Musuh letak rantai besi dan menghalang mereka untuk masuk. Jadi, mereka bawa kapal-kapal mereka mengikut jalan penjuru darat/bukit.

-Kenapa Muhammad al-fatih yang dibicarakan? Adakah kita nak cari orang seperti itu kini? Apa kehebatannya?

Kehebatan 1: Empayar uthmaniyah. -Sultan yang ke-7. Lahir pada 835H=1432M. Mula menjadi sultan sejak berumur 19 tahun (seorang pemuda). 


Kehebatan 2: Agama. -Bapanya Sultan Murad, yang kuat agama. Minda agama kelas pertama. SMAF belajar dengan syeikh samsudin al-wali. Agama telah membentuk karektornya. Bukanlah seperti zaman sekarang, dengan menyanyi atau tarian semata untuk mendidik anak-anak. SMAF solat tahajud sejak baligh hingga saat peperangan. Guru atau ibubapa yang minda kelas pertama, bisa melahirkan murid/anak-anak yang juga kelas pertama. 


Kehebatan 3: Akademik. –Beliau seorang penulis kitab agama/buku tentang Istanbul dan kota konstantinopal. Beliau suka bincang mengenai ilmu agama dan sains iaitu sains peperangan. Beliau juga menguasai 7 bahasa. Bukan sahaja belajar agama tetapi menjiwai ilmunya.

PUSINGAN 2

-Dalam hadith yang dibacakan tadi, ada janji Rasulullah. “... sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin itu….” Kenapa umat pada zaman itu dan bukan sahabat-sahabat baginda?


Berjaya pada era al-fateh, itu sudah diramal oleh Nabi. Kota itu kota yang kukuh. Perlukan teknologi dan strategi yang hebat. Kapal lebih kurang 70 buah, dihalang masuk. Maka mereka bawa kapal melalui darat, guna kayu untuk menggolekkannya. Memerlukan kekuatan, kepintaran, dan kepakaran. Kemudian, pihak musuh dibedil menggunakan meriam sehebat dan sebesar itu pada masa itu. Meriam itu digelar ‘The great bomb ..xxx…’ Mereka ada melaungkan takbir, akhirnya berjaya.

Mengapa tidak dapat ditawan di era sebelumya?

-Tiada jawapan. Dalam kitab ada syarah-syarahnya. Mungkin Allah nak tunjukkan bahawa dari peringkat amalan, umat zaman sebelum itu hebat, dan umat era kemudiannya juga masih hebat. Ini menjadi motivasi buat kita di zaman serba maju ini, walaupun kita umat akhir zaman, kita juga mampu hebat dari sudut ibadah. Hadith Nabi “ ..berbahagialah mereka yang tidak nampak Nabi tapi beriman….(Nabi ulang 3 kali)
-Orang bukan arab pun boleh hebat, dengan islam.

Kepentingan anak muda. Umur al-fatih 22/24 tahun ketika menguasai kota. Ia jadi motivasi buat remaja. Amalan/ibadah yang khusyuk & istiqamah.

Dari segi akhlak: Karektornya dibentuk dari didikan agama.

1. Tawaduk/merendah diri- pemimpin yang tawaduk. Ketika bina benteng. Beliau membuka bajunya sama seperti tentera biasa. Pemimpin turun dengan rakyat. Beliau mencontohi Rasulullah ketika perang khandak ketika hendak memecahkan batu.
2. Kesabaran- kapal yang banyak diturunkan ke pelabuhan tetapi tak boleh masuk kerana dihalang oleh ranrai besi. Mereka tunggu dan sabar selama 53 hari sebelum dapat masuk kota. “Innallahama’assobirin”.
3. Berani kerana benar- Berjuang bermati-matian. Berani kerana benar nak tegakkan kalimah Allah.
4. Usaha- Walau dah dapat jaminan dari Rasulullah, tapi nak juga dapat jaminan dari Allah, perlu adanya sebab musabab untuk berjaya. Seperti kisah Zulkarnain dapat kuasai kota, beliau mencuba sebab musabab satu per satu. Usaha dengan pelbagai cara. Beliau berkata, “aku sedar aku  ingin berjaya bukan sekadar zikir atau , mengangkat tangan berdoa. Tapi perlu ada usaha, teknologi, sebab, langkah dan kesungguhan itu yang kita mahu. Aku jatuh, dan aku bangun. 10 kali aku jatuh, 10 kali aku bangun.” Kita perlukan idola, tapi jangan silap pilih idola.

PUSINGAN 3

-Misi dan visi SMAF yang jelas, beliau mampu laksanakan pada masa akan datang. Jelas dari segi agama. Jika guru kelas pertama., bisa melahirkan murid yang kelas pertama. Begitu juga ibubapa.
-Pada zaman nabi, pejuangnya di kalangan pemuda. Ali bin Abi talib, Abdullah bin abbas, Jaafar bin siddiq, mus’ab bin umair, usamah bin zaid bin harithah, dll. –Pemuda ini bersama menegakkan islam. Pada era uthmaniyyah, SMAF  berumur 19 tahun sudah dilantik menjadi sultan.

-Visi SMAF = wawasan SMAF = WAWASAN AGAMA (Surah al-Baqarah:201). Ingin beroleh kebahagiaan dunia yang membawa kepada kebahagian di akhirat. Contoh: seorang akauntan yang berjaya dalam kerjaya dan beribadah kepada Allah.
-Misi SMAF = BERIBADAH ( Surah Adz-Dzariyat:56). Beliau menguasai 25 negara, anak muda yang sedar aku besar/tinggi pangkat manapun, namun aku kecil di sisi Allah. Kerana tujuan hidup adalah beribadah.
-Berjihad/berperang dengan tujuan- Mengajak kepada ma’aruf dan mencegah mungkar
-Semuanya dapat daripada didikan ibubapa.

BAGAIMANA KITA NAK BERMULA? BERMULA DARI 1.7 BILION UNTUK LAHIRKAN SEORANG AL-FATIH?
- kita mahu melahirkan ‘Al-Fatih’, bukanlah melahirkan ‘Al-Patah’- seperti patah semangat, patah hati, patang tangan, dll patah lagi… 


1. Kita bermula daripada rumah tangga. Rumah itu tempat semaian asal.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna.
Anak-anak perlu didekatkan dengan wahyu (AL-QURAN). Sekarang tiada mukjizat, tapi ada mukjizat yang agung (al-quran). Kita perlukan pemahaman al-quran. Kerana di situlah al-fatih bermula. 


2. Guna acuan perlu betul. Bukannya nilai akademik di sekolah sahaja, dapat A semua matapelajaran. tapi nilai dari sudut semangat juangnya tinggi. Tidak mudah terpengaruh dengan nafsu/ajakan orang lain, kerana dia jelas misi dan visi hidup. 


3. Beri peluang anak muda kembangkan kemahirannya. Ibubapa memberi kepercayaan kepada anak-anak. Seperti bapa SMAF beri kepercayaan kepada beliau untuk memerintah Negara.

PUSINGAN 4

-Pelan tindakan kita?

1. Perlu tonjolkan ikon islam seperti al-fatih. Media tonjolkan insan-insan hebat muslimin & muslimat melaui media massa. Bukanlah hanya menayangkan kisah-kisah pontianak dan hantu sahaja. Apabila kita membaca kisah tokoh islam, ia akan mendorong kita ingin berubah.


2. Anak-anak muda membentuk karektornya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Berdasarkan surah al-baqarah: 269.
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."
Hikmah atau kelebihan yang besar itulah kejayaan yang akan diperolehi oleh setiap umat, jika mereka mengikut ajaran dalam al-quran dan sunnah.


Sekian…moga bermanfaat.

Siaran ulangan: Setiap Isnin, 9 pagi di TV9
Tajuk minggu hadapan (8 Februari) = ‘SEJAMBAK BUNGA CINTA'






...SEGALANYA MILIK ILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.