Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

11.1.11

Itu & Ini, Tiada yang Sia-Sia (1)


Asmaul-husna yang ke-14 ialah al-Musawwir yang bermaksud Yang Maha Mencipta sesuatu yang berupa


Al-Khaliq dan Al-Bari juga memberi makna yang sama, iaitu Yang Maha Mencipta. Dari segi istilah yang boleh difahami oleh manusia, bahawa sebelum sesuatu diciptakan Allah SWT yang Al-Khaliq, terlebih dahulu dirancangkan dan dipertimbangkan dengan teliti. Jelaslah apabila Allah SWT menciptakan sesuatu, tidak ada yang sia-sia ataupun tidak berfaedah.
(*Dari Buku Asmaul-Husna-Dengan-NamaMu-Aku-Hidup-TGNA)




Sebagaimana firman Allah; “(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah ali-‘Imran:191)



Cuba perhatikan gambar berikut;

angKasaRaya- jutaan bintang dan planet
  Segala yang diciptakan Allah SWT sama ada langit dan angkasaraya, ataupun bumi dengan berjuta-juta spesies tumbuhan dan hidupan, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

LanGit- luas, memBiru
BuMi- damai, mengHijau
siang Hari- Matahari ceria dibalik awan
malam Hari- BuLan cantik dipagari bintang

             akan bersambung...
InshaAllah saya sambung selepas dapat input dari program berikut: klik Signs of the Creator 2 (di USMKK)


...SEGALANYA MILIK ILAHI...

1.1.11

1001 Amanah





Apa itu A.M.A.N.A.H.?
Mengikut kamus DBP:  


Amanah = boleh dipercayai, jujur, lurus, lurus hati, lurus akal, tulus, tulus hati, tulus ikhlas, ikhlas, benar, sadik, baik, mukhlis, mustakim; 


Pengamanah = orang atau badan yang memegang (menguruskan, melaksanakan) sesuatu amanah; pemegang amanah.







*Dalam kata lain, amanah adalah sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya.


Ok, pertama sekali, cuba senaraikan semua amanah dan tangungjawab kita:

1.    Hamba Allah
2.    Khalifah/Pemimpin
3.    Daie’
4.    Anak
5.    Ibu/Bapa
6.    Kakak/Adik
7.    Suami/Isteri
8.    Pelajar/Menuntut ilmu
9.    Guru
10. Sahabat/Kawan
11. Ketua/Penolong
12. Exco/Ajk
13. Majikan/Pekerja
14. Penghutang
15. Pengundi
16. (dan macam-macam lagi jawatan yang dipegang di dunia ini)
17.
18.
19.
20.

Ada lagi?
Sekarang nampak tak betapa banyaknya amanah yang kita perlu tanggung. Hakikatnya, ia boleh jadi lebih banyak jika didetailkan lagi. Sebagai contoh, sebagai hamba Allah. Kita dituntut untuk memelihara semua pancaindera yang Allah anugerahkan kepada kita. Kerana apa? Kerana semua itu adalah pinjaman dan akan dipersoalkan di ‘sana’ nanti. Oleh sebab itu, kita wajib untuk memelihara anggota kita dari melakukan kemungkaran. Hendak diikutkan betapa banyak nikmat yang Allah beri, nikmat pancaindera sahaja tak terhingga nilaiannya buat kita. Bersyukurlah selalu...

Jika ditulis atas kertas kosong mungkin tak cukup satu helai. Amanah yang diamanahkan kepada kita, boleh jadi ia diperoleh ‘secara langsung’ atau pun ‘secara tak langsung’.

Persoalannya sekarang, bukan banyak mana amanah yang dipegang, ataupun banyak mana jawatan yang disandang. Tetapi, cuba kita fikir semula dengan melihat senarai yang ditulis tadi, adakah semua amanah tersebut telah dilaksanakan? Adakah telah terlaksana dengan baik? Adakah dilaksanakan dengan ikhlas? Adakah belum terlaksana? Adalah kita benar-benar amanah atas setiap perkara yang diamanahkan? Adakah, adakah dan adakah…..

Tujuan persoalan-persoalan tersebut ditimbulkan hanyalah untuk memberi satu gambaran kepada kita semua bahawa MEMEGANG AMANAH itu sesuatu yang penting, kerana ia akan disoal di akhirat kelak.


*Jom sama-sama muhasabah. Berusaha menjadi 'pemegang AMANAH' yang dapat melaksanakan segala TANGGUNGJAWAB, TAKLIFAN, atau TUGASAN dengan 'kualiti' yang TERbaik.  InsyaAllah.

Cuba hayati ayat berikut;

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yangmenjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya . Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Mukminun: ayat 1-11)

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.