Indah Wajahnya Kerana Indah Hatinya

Hati yang bersih akan menzahirkan wajah yang suci dan akhlak yang baik.

Tandanya Di Situ Ada Kebahagiaan

Apabila bersama orang soleh, membuatkan diri ini merasa hidup bertuhan

Itu dan Ini, Tiada Yang Sia-sia

Segala yang diciptakan Allah SWT, semuanya diciptakan sesuai dengan perancangan-Nya.

Hati saya, kamu dan dia milik siapa?

Serahkanlah hatimu pada insan yang juga meletakkan hati dan cintanya pada Allah.

Sukanya Pada Kufi!

Seni Khat. Ia sangat INDAH~

...Carian...

12.12.10

Hebatkah Kamu?

Bergunung manapun harta, 
bukanlah namanya kaya, jika miskin budi bahasa..
Melangit manapun ilmu, 
bukanlah namanya bijaksana, jika tak diamal diguna..
Sealim manapun warak, 
bukanlah namanya ulama', jika takbur dan riak..
Secantik manapun rupa nan ayu, 
bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkah laku..
Setinggi manapun darjat, 
bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada.


.................................................. 
Dari 'Amru Bin 'Auf Al Anshary, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang Anshar pada suatu hari: Bergembiralah kamu sekalian, nescaya kamu akan mendapati apa yang kamu inginkan; Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku takuti (menimpa) kamu, tetapi aku takut (kalau) dunia ini dibentangkan keatas kamu (diberi kekayaan dan dimurahkan rezeki) sebagaimana dia telah dibentangkan keatas orang-orang sebelum kamu; maka kamupun berlumba-lumba (mencari) nya (dunia) sebagaimana mereka berlumba-lumba dengannya, lalu duniapun memusnahkan kamu sebagaimana dia memusnahkan mereka. (Muttafaq 'Alaihi) 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)".

*UTAMAkanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia...

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

10.12.10

Bawa Hatinya Mengenal Tuhan



Firman Allah bermaksud:
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyaat: ayat 55)

'Bertemu cinta dalam halaqah,
Hidup lebih indah terarah,
 Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah.'


"Puasku rayu, puasku seru, 
jawapanmu tetap yang dulu. 
Oh, sukarnya mengajakmu! 
Namun, kasihku padamu cukup padu. 
Lantaran itu, aku kan terus menyerumu, pada yang satu. 
Ku genggam kukuh suatu azimat, kita hanya penyeru, bukan penghukum.
” Ya ALLAH, ku harap bantuan-Mu mengiringiku. Seru dan terus menyeru, Itu tugas rasul-Mu, Akan ku teruskan semampuku, Hingga ke hujung waktu."
-Tautan Hati, Fatimah Syarha-



*Novel Tautan Hati adalah novel pertama yang saya beli. Sangat menarik sebab ia menggambarkan suasana di kampus. Jalan ceritanya pula mempamerkan betapa indahnya jalan dakwah dan tarbiyyah. Terdapat beberapa watak yang boleh dicontohi dan diteladani. Antara yang boleh dicontohi ialah berakhlak mulia, berkasih sayang kerana Allah, serta pegangan aqidah yang benar-benar yakin terhadap Allah. Wujudnya bi'ah solehah yang sebolehnya nak juga wujudkan suasana tu di sekeliling kita... Suatu hari nanti

*Tambahan: sekadar cadangan:
Daripada kita contohi watak-watak dalam novel, adalah lebih baik kita susuri sirah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, kerana sesungguhnya Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik. Wallahu'alam.


HIDAYAH ITU MILIK ALLAH 
 
...SEGALANYA MILIK ILAHI...

4.12.10

Mulakan Dengan Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


‘Bersama Hijrah’ atau Maal Hijrah itu bukanlah hanya disambut tanpa memberi sebarang makna dalam hidup seorang muslim. Ia juga bukan sekadar bermusim. Namun, sebaiknya kita mengambil hikmah dan ibrah di sebalik peristiwa Hijrah dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengamalkan serta memperjuangkan Islam dan Iman sepertimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total dalam kehidupan.

Tanpa kita sedari kita bakal masuk ke tahun baru hijrah, 1432 H. Bersyukurlah kita ke hadrat Allah kerana di saat ini kita masih dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam untuk terus melangkah di dunia ini sebagai khalifah. Cuba kita renung kembali apakah yang kita sudah lakukan pada tahun lepas. Adakah telah terlaksana semua yang dirancang? atau, adakah ia masih tergendala? atau, adakah telah terlaksana tetapi tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati? Banyak alasan yang ada atau sengaja direka.

Sepanjang satu tahun yang kita jalani sebelum ini, pelbagai peristiwa telah berlaku, adakala bahagia, adakala derita. Adakala gembira, adakala kecewa. Itulah kehidupan, namun kita harus tahu, dengan bertambahnya tahun, maka bertambahlah usia kita.

Adakah segala tanggungjawab kita sudah kita laksanakan sebaiknya? Adakah kita masih sedar apa matlamat utama kita dihidupkan di dunia ini? Seperti firman Allah dalam Surah az-Dzaariyat, ayat 56; bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. Ayat tersebut mengingatkan kita tentang tanggungjawab yang seharusnya kita tunaikan sebagai se orang hamba sepanjang setahun yang lalu.

Kedatangan tahun baru perlu dijadikan titik perubahan untuk kita bermuhasabah diri dan  melihat serta menilai amalan kita. Daripada Umar bin al-Khattab: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.”

 

Hijrah bermaksud berpindah. Berhijrah bukanlah hanya dari sudut fizikal sahaja seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat sejak lebih 1400 yang lalu. Namun hakikat pengertian hijrah itu luas. Perpindahan daripada yang buruk kepada yang lebih baik. Berubah daripada sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak, takabur, sombong, dan riya’ kepada sifat mahmudah atau terpuji seperti kasih sayang, tawadhu’, ikhlas, amanah dan pemurah.

Semoga kedatangan awal muharam ini menjadi satu pembakar semangat untuk maju dan bangkit dari segala bentuk kelemahan samada dari sudut aqidah, akhlak, ibadat, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain. Hijrah perlu bermula dari dalam diri. Sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.

Perubahan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku. Malah, seharusnya kita meneladani sifat sahabat dan keluarga terdekat Rasulullah dalam hijrah baginda. Kita perlu berusaha untuk berubah. 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka'. (Surah Ar-Ra’d: ayat 11)

Marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam Surah an-Nisa'. ayat 100 bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. 

Berikan penghargaan pada diri dengan perbanyakkan amal serta perbaharui dan perkemaskan azam. Selalulah perbaharui niat kita agar ikhlas semata-mata kerana Allah. Kuatkan azam dan  pasakkan tekad. Leraikan segala kesulitan dalam diri untuk terus maju. Usah dikenang masa silam yang mampu merentap semangat juang. Lakukanlah perubahan. Laksanakanlah anjakan paradigma.

Ingatlah bahawa “Hidup itu Sudah Pasti, Mati itu Sudah Tentu.”

Wallahu’alam.

(Edited 4 Dis 10)
KKSB 1432H
Satu pagi dengan semangat baru
Proud To Be A Muslim

...SEGALANYA MILIK ILAHI...

10.10.10

Ada Apa Pada Nama




S.M.I ='Segalanya Milik Ilahi' 

-Kenapa pilih nama tu? Sebab suka.
Lagipun memang betul segala-galanya yang ada di dunia ini adalah milik Allah semata-mata.
Jadi, banyak perkara yang dapat dikongsikan bersama dalam blog ni.
InsyaAllah. 


Sekadar ingin berkongsi~


...SEGALANYA MILIK ILAHI...

segalanyamilik-ilahi.blogspot.com. Powered by Blogger.